
Wednesday, December 9, 2009
LIFE OF A GIRL

Wednesday, June 10, 2009
Kenangan Terakhir Bersama Ayahandaku

Dalam kenangan.............Hari Raya Aidilfitri terakhir aku dapat bersama-sama ayahanda tercinta....
Pada 25 Disember 2008 ayahanda telah disahkan mengidap kanser paru-paru yang kronik. Aku berseorangan menerima berita itu dari doktor pakar yang merawatnya. Hancur luluh hati dan perasaanku. Ingin menangis......tiada airmata yang dapat menitis kerana aku terpaksa tabahkan hati demi memberi kekuatan semangat pada ayahanda dan bondaku. Alhamdulillah,...terima kasih Ya Allah yang telah memberi aku kekuatan dan kecekalan itu. Mungkin itulah yang aku warisi dari ayahandaku.
Aku tak menyangka selaku anak bongsu, aku yang akan menghadapi semua ini. Itulah kita manusia hanya boleh mengagak namun takdir dan penentu segala adalah di tanganNya Yang Maha Berkuasa Dalam Menentukan Sesuatu.Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan ayahanda di kampung, aku cekalkan hati untuk menghadiri mesyuarat guru pada 29 hingga 30 Disember di KL kerana pesan ayahku....."Bila ada kerja mesti siapkan, buat dengan penuh keikhlasan".
Pada 1.30 ptg hari terakhir mesyuarat, aku mendapat panggilan telefon dari kakakku menyatakan ayahku tenat. Lantas aku pun bergegas pulang betul-betul selepas mesyuarat tamat. Sepanjang jalan aku bermohon agar aku sempat menemui ayahandaku disaat akhirnya. Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku. Bila aku sampai, ayahandaku kelihatan tenang.Tanggal 03 Januari 2009, tarikh yang tidak dapat aku lupakan. Pada pagi tersebut, aku dan suamiku menyiapkan ayahanda untuk temujanji di Hospital Columbia, Taiping. Suamiku sempat mencukurkan misai dan janggut ayahandaku yang berserakan di wajah. Ayahandaku kelihatan segar dan sihat. Aku sempat mengusiknya "barulah nampak handsome" ayahanda tersenyum. Tidak lama kemudian ayahanda seolah-olah sesak nafas .......tak tergambar dengan kata-kata gelojak perasaan kami semua. Aku, ibu, suami dan anak-anakku segera membisikkan kalimah Syahadah ditelinganya. Ayahandaku telah kembali ke rahmatullah pada 03 Januari 2009..............berakhirlah hidup seorang insan bergelar ayahanda yang sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga.
